​​

"Keluarga Bahagia Asas Kesejahteraan Hidup" Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan keluarga bahagia


Warna jingga - YEE LENG

Warna merah muda - Lee Shuen
Warna biru - LEE YOONG

ISI 1
​​langkah pertama ialah setiap keluarga boleh menetapkan hari keluarga
bagi keluarga sendiri. Hari keluarga membolehkan anak-anak berinteraksi dengan ibu bapanya. Semasa ahli keluarga berinteraksi,anak-anak akan berkongsi masalah mereka kepada ibu bapa.Dengan ini,ibu bapa boleh sentiasa mengetahui keadaan anak-anak. Selain itu,i ni juga dapat mengeratkan kemesraan hubungan antara ahli keluarga.Kerajaan juga menggalakkan keluarga mengadakan Hari keluarga, Justeru itu, Hari Keluarga memain peranan yang penting di kalangan ahli keluarga

ISI 2
Keluarga bahagia dapat dilahirkan dengan penyertaan aktiviti-aktiviti rekreasi
secara bersama-sama. Misalnya, berjogging dan bersenam pada pagi ataupun pergi membeli belah bersama-sama. Sesebuah keluarga juga boleh menyertai ceramah yang berkaitan dengan silaturahim antara keluarga ataupun pertandingan yang memerlukan penyertaan dan sumbangan ahli keluarga. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang disebut di atas dapat mengeratkan lagi hubungan dan kefahaman antara keluarga dan akhirnya melahirkan keluarga bahagia

ISI 3
Selain itu, ibu bapa juga patut memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada ahli keluarga yang lain. Perhatian, dorongan, dan tunjuk ajar sayugianya diberikan pada setiap masa. Ibu bapa turut boleh memainkan peranan sebagai pendengar yang baik. Ini merupakan satu peluang keemasan bagi ahli keluarga yang lain untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya bersama-sama menyelesaikannya. Dengan sentiasa berkomunikasi, tentulah tidak ada lagi rahsia antara ahli keluarga. Secara tidak langsung, perselisihan faham, pertengkaran dan pergaduhan antara satu sesama ahli keluarga lain boleh dikurangkan dan dielakkan. Sehubungan itu, keluarga barulah akan bahagia, harmoni dan selesa.


ISI 4
Di samping itu, sikap hormat-menghormati juga mesti diwujudkan dalam sebuah keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia. Sebagai ketua untuk sebuah keluarga, biasanya semua keputusan dibuat oleh ibu bapa. Penerimaan terhadap keputusan yang dibuat oleh kanak-kanak merupakan satu cara untuk menghormati ibubapa sebagai ketua rumah. Manakala, kebebasan yang diberi kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan sendiri juga merupakan satu cara untuk menghormati kanak-kanak. Sehubungan itu, sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dapat dilahirkan. Kewujudan kefahaman dalam sebuah keluarga di antara anak-anak dengan ibu bapa juga merupakan satu cara hormat-menghomati dalam keluarga.

(Saya ada satu persoalan, sebenarnya isi 1 dan 2 boleh digolongkan sebagai satukan? Iaitu keluarga mesti meluangkan masa bersama, misalnya mewujudkan hari keluarga atau berinteraksi dan bersantai bersama...)


ISI 5
Seterusnya, pegangan agama turut memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Agama membentuk senjata ampuh bagi kita menghadapi segala masalah hidup. Keimanan benteng rohani seseorang. Keimanan melindungi kita daripada kemungkuran Tuhan. Kita dapat membezakan yang baik daripada yang buruk, Kita juga boleh mengawal nafsu liar. Agama menjadikan kita manisia yang penyayang. Dengan ini, keluarga yang harmoni dapat diwujudkan.

Penutup
Semua keluarga harus muncul sebagai keluarga yang bermakna. Kita harulah berazam untuk melahirkan institusi keluarga yang kukuh, harmoni dan sejahtera. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk membina keluarga yang bahagia!