Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini



WARNA BIRU - LEE YOONGwarna merah muda - shuen
Pengenalan
Pentakrifan belia dari segi umur, iaitu golongan remaja yang muda yang berumur 18 hingga 40 tahun. Golongan muda ini merupakan orang yang menentukan kemajuan sesebuah negara. Para belia telah memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan negara. Maju atau mundur sesebuah negara semua bergantung kepada golongan belia. Justeru itu, golongan belia ialah nadi penggerak kemajuan sesebuah negara.

ISI 1
Golongan belia perlu mempunyai semangat bersatu-padu dan mampu menyatukan semua rakyat. Bahkan kata, 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Perpaduan di antara masyarakat amat penting dalam pembangunan negara. Para belia haruslah memberi perhatian dan berusaha untuk menyatukan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum. Betapa pentingnya perpaduan rakyat dalam pembangunan sesebuah negara. Selagi rakyat tidak bersatu, hati rakyat tidak sejiwa, negara itu amat susah untuk berkembang dan mengasak ke hadapan, janganlah kata hendak bertanding dengan negara lain di peringkat antarabangsa.

ISI 2
Para belia perlulah bersikap adil dan rasional dalam setiap penyelesaian masalah. Para belia haruslah sentiasa berpeka terhadap semua isu-isu sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial. Sehubungan itu, belia barulah dapat membuat keputusan yang adil, sakasama dan tidak berat sebelah. Sikap beliau dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kakitangan kerajaan di samping menyeru mereka supaya tidak boleh memekakkan telinga dan melelapkan mata semasa mengadili sebarang masalah. Dengan ini, pembangunan barulah dapat terus berkembang pada tahap yang membanggakan.


ISI 3
Selain mempunyai pandangan sendiri, beliau juga perlu menerima dan mendengar pandangan orang yang lain. Secara tidak langsung, ini dapat memastikan negara dapat membangunkan dengan lebih maju kerana setiap orang mempunyai pandangan sendiri yang berlainan. Dengan mendengar pandangan orang lain, kita dapat mencari cara atau kaedah yang lebih baik dan berkesan untuk mentadbir dan memerintah sesebuah negara. Memang tidak dinafikan bahawa sesebuah negara yang maju adalah usaha daripada semua pihak. Oleh itu, belia haruslah sentiasa mengambil kira dan mendengar cadangan, pandangan atau pendapat orang lain.

​ ​ISI ​ 4
Selain itu,para belia perlulah mempunyai semangat inovasi dan kreativiti.
Semangat inovasi membolehkan para belia sentiasa mencipta sesuatu barang.Manakala kreativiti membolehkan para belia menggabung idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.Dengan semangat ini,taraf hidup masyarakat dapat ditingkatkan dan ini amat diperlukan di negara kita yang sentiasa kurang pakar di bidang ini.​​ Keutuhan sesebuah negara juga bergantung kepada keadaam ekonomi dalam negara itu. Kestabilan ekonomi membolehkan negara kita mendapatkan sumber pendapatan yang secukupnya agar dapat membantu dalam proses pembangunan negara seterusnya.


KESIMPULAN
Sesungguhnya peranan belia memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan negara amat luas sekali. Ciri-ciri belia memang amat penting dalam pencapaian program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, iaitu Satu Malaysia, dan seterusnya merelisasikan Wawasan 2020. Beliau perlulah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sokongan padu dan kerjasama juga patut menyeluruh semua pihak mencapai visi negara kita!



TAMBAHAN
Belia juga mesti mendukung keazaman yang kuat, keazaman yang membolehkan mereka menewaskan segala kesusahan yang dihadapi. Dalam proses pembangunan negara, para belia mesti akan menghadapi banyak masalah yang amat sukar, tanpa keazaman yang kuat, kemungkinan besar para belia tidak dapat menghadapi tekanan mental yang berat itu dan menyelesaikan masalam=h yang dihadapinya.