​Walaupun faedah yang sangat tinggi di kenakan oleh ceti haram atau along, ramai orang masih mencari khidmat mereka.

Bincangkan punca dan kesan berkaitan dengan along.

Kebelakangan ini, trend meminjam wang daripada ceti haram yang dikenali juga along kian menular di kalangan masyarakat. Apakah yang mendorong masyarakat kita meminjam wang daripada mereka? Pernahkan peminjam berfikir dengan rasional sebelum melakukannya? Mereka pernah memikirkan apakah kesan yang akan terjadi kepada diri sendiri dan keluarganya jika tidak dapat melunaskan pinjaman? Tidak. Tahukah bahawa kumpulan ceti haram ini sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan balik wang termasuk menggunakan kekerasan terhadap sesiapa.

Prosedur pinjaman mengambil masa yang panjang dan rumit dikenalpasti sebagai punca utama. Berbanding dengan pinjaman daripada ceti haram, ia lebih mudah dan cepat. Oleh itu, masih ada orang yang mencari khidmat daripada ceti haram walaupun dikenakan faedah yang begitu tinggi. Kemudahan ceti haram ini amat memikat mereka yang menghadapi masalah kewangan semasa kecemasan, sebab mereka boleh mendapatkan wang tunai dengan serta merta. Selain itu, pinjaman juga tidak perlu memberi apa-apa cagaran dan juga tidak perlu menyediakan dokumen-dokumen mengenai peminjam.

Gaya hidup negatif masyarakat juga merupakan salah satu sebabnya. Masyarakat yang mahu hidup mewah, sentiasa boros berbelanja dan melebihi kemampuan diri sendiri sehingga
mengalami masalah beban hutang yang teruk atau diisytiharkan muflis. Ada sebahagian peminjam yang merupakan kaki judi dan penagih dadah. Apabila mereka menghadapi masalah kewangan, mereka akan meminjam wang daripada ceti haram tanpa membuat pertimbangan yang rasional untuk menyelesaikan masalah seperti hutang dan membeli dadah untuk menahan kesengsaraan.

Peminjam akan menanggung bebanan kewangan yang amat berat. Tahukah anda tahu(tidak perlu perkataan inikan?) bahawa kadar faedah yang dikenakan adalah sangat tinggi. Walaupun prosedur pinjaman daripada bank mengambil masa yang lebih panjang dan rumit tetapi faedah yang dikenakan oleh bank mengikut tahun adalah lebih rendah berbanding ceti haram. Faedah ceti haram biasanya dikira mengikut hari, minggu atau bulanan. Hal ini menyebabkan kebanyakan peminjam cuma mampu membayar balik sebahagian daripada faedah dan pokok pinjaman. Akibatnya, hutang mereka tiada kehabisan.

Bukan sahaja itu, keluarga peminjam juga akan menjadi porak-peranda. Anak, suami atau isteri yang meminjam dan gagal menjelaskan hutang terpaksa melarikan diri untuk mengelakkan gangguan ceti haram. Ini kerana ceti haram akan menggangu, mendesak dan mengancam nyawa mereka apabila gagal melunaskan hutang mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara tidak langsung, ahli keluarga yang terpaksa men
ghadapi bebanan tersebut akan menyebabkan konsep keluarga yang bahagia tergugat atau runtuh. Ada yang terpaksa memutuskan hubungan persaudaraan suami atau isteri kerana tidak mampu melunaskan pinjaman bagi pihak yang terlibat.

Kerajaan perlu peka dan mencuba sedaya upaya untuk membanteras kegiatan ini dengan menubuhkan pasukan khas bagi membendung kegiatan ceti haram yang menjadi kudis masyarakat yang entah bila akan sampai penghujungnya. Bukan sahaja kerajaan, pihak lain juga perlu memberi perhatian dan kerjasama dengan memberi sumbangan dalam menangani ceti haram. Namun yang pasti, jika ada permintaan daripada peminjam, ceti haram akan terus bertapak teguh. Oleh itu, peminjam perlu bertimbang dahulu sebelum bertindak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
.