CETAK ROMPAK MERUPAKAN SATU KEGIATAN YANG SANGAT BERLELUASA PADA MASA INI.
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGIATAN INI SUSAH DIBENDUNG SERTA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEKAT GEJALA INI TERUS BERLELUASA.


Warna merah: Pn Leela

Cetak rompak ialah aktiviti yang menggunakan ciptaan hasil karya orang lain sebagai kepunyaan sendiri. Pengusaha hasil cetak rompak ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang maximum[maksima] atau dikatakan keuntungan yang lumayan. [[ Apakah faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku? Dan apakah langkah yang dapat dilakukan untuk membendung aktiviti ini? ]] Jangan guna soalan dalam pengenalan

Faktor yang menggalakkan cetak rompak ini berlaku ialah sifat tamak haloba pengusaha haram. Bagi pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Ini kerana barangan cetak rompak boleh diperoleh dengan mudah. Tambahan pula, mereka juga tidak perlu membayar royalty (royaliti) kepada pihak pereka atau pencipta asal. Dengan ini, mereka dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan menjualnya dengan harga yang rendah. Oleh itu, mereka dapat menikmati keuntungan yang lebih besar berbanding dengan syarikat-syarikat besar.

Kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu faktornya.[struktur ayat salah] Bentuk hukuman yang dijatuhkan terlalu ringan seperti mendenda wang dan penjara beberapa bulan. Ini tidak dapat menakutkan pengusaha haram ini.kerana wang yang didenda itu hanya jumlah sedikit sahaja Pihak polis sememangnya perlu menjalankan serbuan untuk membanteraskan masalah ini.tetapi kakitangan, malah serbuan sukar dijalankan. Selain itu, ada sesetengah pihak penguatkuasa kadangkala terlibat dalam rasuah. Ini menyebabkan aktiviti cetak rompak semakin berleluasa.

Untuk (Demi) menyelesaikan masalah ini, manusia perlu mengubahkan sikap.diri sendiri. Janganlah kita membeli cetak rompak dari (daripada)mereka. (struktur ayat salah)Ini kerana jika tiada permintaan dari (daripada) masyarakat, maka tiadalah pengusaha haram, betul tak! (kata-kata seperti ini harus dielakkan). Usaha menyekat gejala rompakan ini akan menjadi lebih berkesan jika kesedaran di kalangan anggota penguatkuasa dapat dipupuk. Mereka akan bertanggungjawab dan berusaha menjalankan tugas serta kewajipan, tidak akan memakan suap maka akan menangkap mereka yang didapati bersalah.

Hukuman penjara mandatori juga boleh dijalankan nutuk menangani masalah cetak rompak. Kementerian boleh melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti cetak haram termasuklah pengedar dan penjual cakera padat(VCD) atau cakera video digital(DVD). Dendaan wang yang lebih tinggi dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah supaya dapat menakutkan mereka. Jika dendaan dan hukuman diberikan terlalu rendah dan ringan, mereka akan pandang rendah terhadap kementerien dan undang-undang negara dan teruskan aktiviti .Ini adalah faktor mengapa kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa hari ini kerana pihak kuasa yang hati lembut.


Kegiatan yang semakin berleluasa ini perlu dibendung dengan tindakan tegas agar lanun-lanun ini tidak terus bermaharajalela. Ini kerana cetak rompak boleh menjejaskan ekonomi negara kita dan pelaburan negara kita juga akan terjejas. Jadi kita perlulah berusaha menyekat masalah ini dan menyokong barang yang tulen.