TAJUK 1

MASALAH KESIHATAN MULA MELANDA PENDUDUK DI NEGARA KITA. PELBAGAI JENIS PENYAKIT MULA MENGANCAM PENDUDUK SEHINGGA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN. APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KESIHATAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI NEGARA KITA SEMAKIN MENJEJAS?

Pelajar di minta melengkapkan penulisan esei di atas mengfikut perenggan yang telah ditentukan
‚Äč Pelajar-pelaar lain boleh menambah isi atau membaiki kesalahan ejaan, struktur ayat atau fakta kawan dengan warna font yang berlainan. Edit dan kemudian mesti SAVE


Pn Leela:
Warna Merah


PENGENALAN
Masalah kesihatan mula melanda penduduk di negara kita. Walaupun kita mempunyai perubatan moden, tetapi setiap minit terdapat biakan /(pembiakan )virus atau bakteria yang baru dan perubatan moden tidak mampu bersaing dengan biakan spesis baru tersebut. Ini telah mengancam kesihatan penduduk sehingga membawa kematian.

ISI 1
Corak pengambilan makanan yang tidak teratur.merupakan faktor yang menyebabkan kesihatan.bermasalah, menjangkiti penyakit sehingga membawa kematian. Pengambilan terlalu banyak gula, garam, lemak dan kolesterol akan memburukkan badan kita.. Selain itu, bahan kimia seperti bahan perisa,bahan pewarna dan pengawet juga boleh memudaratkan sistem saraf manusia dan menyebabkan penyakit kanser. "Diri anda ialah apa yang anda makan", oleh itu pengambilan makanan berkhasiat dan amalkan sikap 3 rendah dan 1 tinggi adalah penting.

ISI 2
Selain itu, cara kehidupan zaman moden yang kurang sihat ini hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin juga menyebabkan kesihatan manusia terjejas. Ditambah pula dengan cara hidup orang moden yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan menyebabkan sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan daya ketahanan kesihatan badan. Apabila daya ketahanan menurun, maka kita akan mudah mendapat penyakit-penyakit.

ISI 3
Tambahan pula, tahap kebersihan tempatan yang kurang memberangsangkan juga dapat menjejaskan badan kita.. Semua orang sepatutnya peka terhadap kebersihan diri sendiri dan juga alam sekitar. Ini kerana setiap kotoran atau air yang bertakung dapat meninigkatkan peluang untuk bakteria ataupun parasit untuk membiak. Antara bakteria yang mengambil kesempatan untuk membiak di air bertakung adalah vibrio cholera dan virus denggi yang boleh menyebabkan taun dan deman denggi. Tahukah bahawa deman denggi telah membawa banyak manusia maut setiap tahun di Malaysia.

ISI 4
Aktiviti pemanasan global boleh meningkatkan suhu bumi sehingga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Apabila suhu meningkat, ia telah meningkatkan peluang untuk virus dan bakteria merebak. Oleh itu, jangkitan virus, bakteria dan kuman, pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa Sebagai contohnya, cirit birit, deman denggi berdarah denggi, malaria, penyakit paru obstruktif kronik.dan kanser kulit.

KESIMPULAN
Pelbagai penyakit telah mengancam kesihatan penduduk di negara kita. Contohnya SARS, dan Influenza A yang berlaku di Malaysia. ( TIDAK PERLU DALAM KESIMPULAN) Oleh itu, langkah-langkah perlu dijalankan supaya dapat mengelakkan penyakit. Untuk (DEMI) mengelakkan diri daripada penyakit, kita perlu sentiasa mangamalkan tahap kebersihan, corak pemakanan, dan corak kehidupan yang sihat.